Saturday, May 9, 2009

MUKTAMAR TAHUNAN DPPNK KALI KE-43

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ini telah diadakan pada 8 dan 9 Mei 2009 ( jumaat dan sabtu ) bertempat di Kompleks Yayasan Khairiah,Baling. Majlis Perasmian muktamar telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Sabu Naib Presiden PAS pada sebelah malam Jumaat 8 Mei.


Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi telah menghantar 7 perwakilan yang diketuai oleh Ust Mohd Syazuri Bin Saad dan diikuti oleh Sdr Zulkifli Bin Haji Noh, Sdr Nazmi Bin Natzeri, Sdr Muhammad 'Akasyah Bin Azinan, Ust Khairi Bin Talib, Ust Ahmad Nasir Bin Awang dan Sdr Muhammad Noor Khairin Bin Abd Rahim.


Sessi Muktamar Penuh yang dijalankan pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi dipenuhi dengan ucapan dari wakil-wakil DPP kawasan-kawasan yang banyak mengutarakan idea yang bernas dan kritikan yang tajam dan membina demi kebaikan DPPNK. Tidak ketinggalan juga ialah ucapan perbahasan oleh wakil DPPPL iaitu Ust Mohd Syazuri Bin Saad yang menyentuh tentang gejala negatif yang terlalu banyak di Langkawi. Ust Syazuri juga menyentuh tentang perlunya Unit Amal diperkasakan bagi mengimbangi langkah kerajaan menambah bilangan askar wataniah.

0 comments: