Friday, June 12, 2009

AL-BAQIYATUS SOLIHAT DIBUKA SEMULA?

Satu usaha akan dijalankan antara Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) dan Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi (DPPPL) untuk merentas jalan-jalan awal untuk membuka kembali Sekolah Agama Al-Baqiyatus Solihaat yang terkenal di Pulau Langkawi suatu masa dulu.Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah,Ust Ahmad Bin Yahya ketika bertemu dengan Setiausaha DPPPL,Nazmi Bin Natzeri dan Bendahari DPPPL,Muhammad 'Akasyah Bin Azinan di Muktamar Pemuda PAS Pusat di Taman Melewar minggu lepas menyatakan yang dia dan seluruh pimpinan DPPNK akan berusaha sedaya upaya untuk membuka kembali sekolah tersebut dengan bantuan dari pimpinan DPPPL.
Sebagai langkah pertama satu perjumpaan antara pimpinan DPPNK,pimpinan DPPPL dan AJK lama Sekolah tersebut akan diadakan pada 15 jun (isnin) jam 11.30 pagi di Surau Ranggut.Rombongan DPPNK akan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda,Ust Ahmad Yahya bersama 3 orang pimpinan DPPNK.diharapkan hasil pertemuan itu nanti akan membawa kesan yang positif ke arah pembukaan semula Al-Baqiyatus solihaat.
Bersamalah kita berdoa....

0 comments: