Wednesday, July 1, 2009

USRAH MINGGUAN DPPPL

Setelah lebih sebulan tertangguh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,Majlis Usrah Mingguan DPPPL kembali diadakan pada hari rabu 1 Julai 2009 bertempat di rumah Sdr Ahmad Sidek,mantan Naib Ketua DPPPL yang sekarang memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan Langkawi.Majlis yang bermula selepas solat maghrib itu dipengerusikan oleh Ust Zulkifli Bin Hj Noh Naib Ketua DPPPL. Sepertimana biasa majlis dimulakan dengan Setausaha DPPPL akan membacakan teks usrah yang seterusnya akan diulas oleh semua ahli usrah sebelum Naqib usrah Al-Fadhil Ust Ahmad Nasir Bin Awang membuat kesimpulan dan Khulasatul Qaul.Tajuk perbincangan dalam usrah ini ialah 'uruf.

Selepas menunaikan solat isyak secara berjemaah,Sdr Ahmad Sidek selaku tuan rumah telah bermurah hati menyediakan sedikit jamuan untuk semua ahli usrah.




0 comments: