Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Langkawi diarah tutup selama seminggu oleh Pejabat Kesihatan Langkawi selepas 5 pelajarnya didapati positif H1N1.Arahan itu dikeluarkan setelah pegawai-pegawai perubatan dari Hospital Langkawi memeriksa pelajar-pelajar SRIDU Langkawi yang disyaki menghidapi simptom-simptom wabak H1N1.
Perkara itu disedari apabila Mudir SRIDU Langkawi Ustaz Yusof Ismail yang mengarahkan guru-guru kelas menyenaraikan nama pelajar yang menghidapi demam.Ini adalah berikutan Maktab Mahmud Langkawi yang diarah tutup selama seminggu bermula hari rabu 5 ogos.Setelah didapati bilangan pelajar yang demam terlalu ramai,perkara itu dirujuk ke Hospital Langkawi yang terus menghantar Pegawai Perubatannya ke SRIDU untuk menjalankan pemeriksaan.Hasil pemeriksaan mendapati 5 pelajar disahkan positif H1N1.
Sesi persekolahan SRIDU Langkawi akan berjalan seperti biasa bermula 16 ogos ini (ahad).
Wednesday, August 5, 2009
SRIDU LANGKAWI DITUTUP SEMINGGU
at 5:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment