Monday, June 22, 2009

INDAHNYA BILA BERSAMA ISLAM

Apa yang dipaparkan di atas ialah satu gambar yang tidak boleh didapati dari parti lain selain dari PAS.Setelah hubungan kedua-dua pimpinan ini tegang oleh kerana kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mendesak Ust Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan dan meninggalkan PAS kerana menyokong kerajaan perpaduan,tapi setelah mengadakan perjumpaan dan mendengar penjelasan masing-masing,akhirnya Tuan Guru Nik Aziz walaupun di kedudukan Mursyidul Am PAS menarik balik kenyataan beliau kepada Ust Nasharudin Mat Isa.
Lebih dari itu,seperti yang disiarkan oleh Web TVPAS,Ust Nasharudin Mat Isa kelihatan bersalaman dan mencium tangan Tuan Guru Nik Aziz setelah kenyataan media bersama pimpinan tertinggi PAS Pusat selesai.
Inilah kelebihannya bila meletakkan Islam lebih tinggi dari segala-galanya.Sama-samalah kita berdoa moga semangat ini dapat terus disuburkan di dalam PAS selama-lamanya.

0 comments: