Saturday, June 20, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK DPPPL

Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala YDP PAS Langkawi pada 17 dan 18 julai ini bertempat di Padang Bola Sepak Ulu Melaka (berhadapan Maktab Mahmud Langkawi).
Kejohanan itu terbuka kepada semua cawangan PAS di Langkawi.Untuk memeriahkan lagi kejohanan tersebut,pihak penganjur akan menjemput wakil dari pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah untuk menyampaikan hadiah untuk pasukan yang berjaya pada petang 18 julai nanti.
Satu majlis ceramah juga akan diadakan pada malam 18 julai itu sebagai kemuncak kepada kejohanan tersebut.Tempat yang akan berlangsungnya ceramah tersebut belum lagi diputuskan.
Berdoalah semoga semuanya berjalan dengan lancar.

0 comments: