Tuesday, July 7, 2009

MESYUARAT PERTAMA LEMBAGA TADBIR MADRASAH AL-BAQIYATUS SOLEHAT

Selasa 7 Julai,Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Al-Baqiyatus Solehat Kali pertama telah diadakan pada jam 9.30 mlm bertempat di Pejabat PAS Kawasan Langkawi.Mesyuarat yang dihadiri oleh hampir semua AJK Lembaga Tadbir sekolah berkenaan telah dipengerusikan oleh Ust Mohamad Bin Ismail yang merupakan Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Al-Baqiyatus Solehat. Tenaga-tenaga dari Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah,Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah,PAS Kawasan Langkawi,Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi dan penduduk setempat telah digabungkan di dalam Ahli Jawatankuasa Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Al-Baqiyatus Solehat.Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap kerja yang akan dilakukan nanti akan berjalan dengan teratur dan lancar.


Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan tentang langkah-langkah awal yang perlu dilakukan untuk merealisasikan hasrat untuk membuka sekolah tersebut.Antara yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut ialah berkenaan dengan tanah,ubah suai dan baik pulih bangunan sedia ada berserta kos yang terpaksa dibelanjakan dan beberapa perkara lain.Mesyuarat tersebut juga memutuskan pembinaan pejabat sekolah perlu dilakukan segera dan pejabat sekolah tersebut akan mula beroperasi pada 1 September 2009.Ini adalah bertujuan memudahkan urusan pentadbiran sekolah.
Mesyuarat AJK Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Al-Baqiyatus Solehat kali kedua akan diadakan pada pertengahan bulan ogos


0 comments: