Jumaat 3 Julai, Pihak LANDAS telah mengadakan satu program mencegah maksiat di sekitar Pantai Chenang.Program yang disertai oleh hampir 20 orang orang ahli LANDAS termasuk beberapa orang AJK DPPPL telah menyerbu beberapa premis penjualan arak dan 1 kelab malam.
Ketika menyerbu di Regea Bar,3 orang pelajar perempuan dari UITM Shah Alam telah ditahan kerana menghisap rokok dan berada di premis meminum arak dalam keadaan bercampur lelaki dan perempuan.Apa yang lebih menyedihkan ketiga-tiga mereka memakai tudung.Turut ditahan di premis yang sama 2 orang lelaki yang berasal dari Klang yang bersama dengan 3 orang pelajar perempuan UITM tersebut.Walaubagaimanapun kelima-lima mereka cuma diberi kaunseling oleh Ust Ali LANDAS (Ali Sarawak) dan dibenarkan pulang ke chalet masing-masing.
Ketika melakukan serbuan di Disco Aseania Resort,didapati sebahagian besar dari pengunjung disco berkenaan adalah mereka yang berumur di antara 19 hingga 20 tahun.Perkara ini telahpun dipanjangkan ke pengetahuan Ahli Majlis Daerah Langkawi yang berjanji akan membangkitkan masalah ini dalam mesyuarat Majlis Perbandaran Langkawi akan datang.
Friday, July 3, 2009
OPERASI LANDAS 3 PELAJAR ANTARA YANG DITAHAN
at 11:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment